Wednesday, 20 November 2013

Dimanakah anda?


Resepi Bater Cair - Kuih Lompang

                                        
                                       

Bahan A:
2 cwn tepung beras
1/2 sudu kecil air kapur ( bancuh dan tapis)
Sedikit kelapa muda diparut dan digaul dgn sedikit garam

Bahan B:

1/2 cwn gula pasir
1/2 cwn gula merah
4 cwn air

Cara:

1.   Bancuh tepung dgn air kapur
2.   Tuang air gula yg telah suam kedlm tepung.Kacau rata.
3.   Didih kan ir dalam kukusan.Pnskan acuan lompang kedlm kukusan
4.   Bila air dah mendidih ..tuang adunan tepung kedlm acuan lompang yg tlh
      dipnskan tadi
5.   Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.

Resepi Bater Cair - Roti Jala




Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air@ susu segar@santan cair
1 biji telur
1 sk garam
pewarna kuning

Cara-cara:
  1. Blend semua bahan sebati. Pastikan tiada tepung yang berketul2 yang boleh membuatkan acuan tersumbat.
  2. Panaskan kuali dan lengserkan sedikit minyak.
  3. Cedukkan adunan dan masukkan ke dalam acuan dan tebarkan di atas kuali.
  4. Biarkan seminit hingga roti jala masak. Angkat dan lipat@gulung ikut suka.

Resepi Bater Cair - Kuih Cara





Kuih Cara




Bahan-bahan :
120 g tepung gandum
1 biji telur
200 ml air pandan (Daun pandan yang dikisar bersama air. Tapis dan ambil airnya)
50 ml santan pekat
2 tbsp gula
Minyak masak

Inti :
Gula secukupnya

Cara-cara :

Ayak tepung ke dalam mangkuk dan gaul rata bersama gula.
Masukkan telur bersama santan dan gaul rata.
Masukkan air pandan dan gaul sebati. Adunan mestilah sedikit cair.
Untuk dapatkan adunan yang bersesuaian, tapis adunan agar tidak berbintil-bintil.
Panaskan acuan yang disapu dengan sedikit minyak masak.
Tuang adunan ke dalam acuan dan masukkan suku sudu teh gula sebagai inti.
Tutup dengan tudung periuk. Masak menggunakan api kecil untuk 10 minit.

Tuesday, 19 November 2013

Resepi Bater Cair - Kuih Kosui



Bahan-bahan :

80 g tepung beras
80 g tepung ubi/sagu
100 g gula pasir
100 g gula merah /gula melaka
550 g air
1/2 camt air limau nipis/air kapur sireh.


Cara-cara :


  1. Masak air bersama gula dan apabila larut tapiskan, biar sejuk sedikit.
  2. Panaskan kukusan letak loyang 9X9 dan sapu minyak sedikit pada loyang.
  3. Campur semua bahan dengan air gula tadi, kacau dalam periuk sehingga naik wap (hingga adunan bergentil sedikit).
  4. Tuang dalam loyang yang telah panas, kukus sampai masak.

Bater Pekat & Bater Cair


 a) Pengertian Bater

Bater ialah campuran tepung dan cecair seperti air, susu atau santan.
Bater berasal daripada perkataan Perancis iaitu Battre bermaksud pukul.
Telur dan lemak juga biasanya dicampur ke dalam bater untuk membaiki rasa dan menambah khasiat.
b) Jenis Bater

Bater dibahagikan kepada dua jenis iaitu bater cair dan bater pekat mengikut kadar cecair dengan tepung sesuatu bater.
Sukatan asas Bater Cair dan Bater Pekat adalah :

BATER CAIR

100 gram tepung gandum
250 ml cecair
1 biji telur
¼ camca garam


Ciri-ciri Bater Cair

Konsistensi adunan : Berkrim dan cair
Tuangan : Mudah dituang
Pengaliran dalam kuali : Merebak dengan cepat dalam kuali dan menjadi lapisan nipis
Nama lain : Bater pankek atau lempeng
Contoh kuih : Kuih lapis, kuih ketayap, kuih kosui, kuih cara, kuih lompang dan roti jala



BATER PEKAT

100 gram tepung gandum
125 ml cecair
1 biji telur
¼ camca garam

Penyediaan Bater Pekat



Ciri-ciri Bater Pekat

Konsistensi adunan : Berkrim dan pekat
Tuangan : Sukar dituang kerana agak likat
Pengaliran dalam kuali : Sukar merebak dalam kuali kerana agak likat
Nama lain : Bater penyadur
Contoh kuih : Kuih rengas (kuih kacang/kuih kasturi), cucur udang, pisang goreng dan lempeng kelapa

Friday, 18 October 2013

Pertandingan Memasak Peringkat Daerah Klang

Pada bulan Jun 2013 telah diadakan satu pertandingan memasak  di antara sekolah untuk peringkat Daerah Klang.
Pertandingan ini telah diadakan di SMK Bandar Baru Sultan Sulaiman, Port Klang. 3 peserta yang mewakili sekolah adalah Phuah Syi Syuen (2 Aranda), Lee Ven Ting (2 Aranda) dan Wan Nur Syuhadah Nabila (2 Nervillia).




AKTIVITI PELAJAR

Hasil yang menyeronokan.....





 r

 Good job!!!!

Pertandingan Menghias Kek Sempena Minggu Vokasional & Teknik 2013

Sempena Minggu Vokasional & Teknik 2013 satu Pertandingan Menghias Kek telah diadakan untuk mencungkil bakat pelajar-pelajar SMK Kota Kemuning dalam aktiviti menghias kek.
Pertandingan ini telah menarik minat ramai pelajar terutamanya pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 2.
Berikut di bawah ini adalah sebahagian daripada aktiviti yang telah berjaya dirakamkan.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera...semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada semua.