Tuesday, 19 November 2013

Bater Pekat & Bater Cair


 a) Pengertian Bater

Bater ialah campuran tepung dan cecair seperti air, susu atau santan.
Bater berasal daripada perkataan Perancis iaitu Battre bermaksud pukul.
Telur dan lemak juga biasanya dicampur ke dalam bater untuk membaiki rasa dan menambah khasiat.
b) Jenis Bater

Bater dibahagikan kepada dua jenis iaitu bater cair dan bater pekat mengikut kadar cecair dengan tepung sesuatu bater.
Sukatan asas Bater Cair dan Bater Pekat adalah :

BATER CAIR

100 gram tepung gandum
250 ml cecair
1 biji telur
¼ camca garam


Ciri-ciri Bater Cair

Konsistensi adunan : Berkrim dan cair
Tuangan : Mudah dituang
Pengaliran dalam kuali : Merebak dengan cepat dalam kuali dan menjadi lapisan nipis
Nama lain : Bater pankek atau lempeng
Contoh kuih : Kuih lapis, kuih ketayap, kuih kosui, kuih cara, kuih lompang dan roti jala



BATER PEKAT

100 gram tepung gandum
125 ml cecair
1 biji telur
¼ camca garam

Penyediaan Bater Pekat



Ciri-ciri Bater Pekat

Konsistensi adunan : Berkrim dan pekat
Tuangan : Sukar dituang kerana agak likat
Pengaliran dalam kuali : Sukar merebak dalam kuali kerana agak likat
Nama lain : Bater penyadur
Contoh kuih : Kuih rengas (kuih kacang/kuih kasturi), cucur udang, pisang goreng dan lempeng kelapa

No comments:

Post a Comment