Mesyuarat guru bil 1 2015 telah diadakan pada 29 disember 2015 di bilik mesyuarat SMK Kota Kemuning.
Sunday, 28 December 2014
Wednesday, 19 November 2014
Gotong Royong Bengkel KH
Para guru dengan bantuan pelajar-pelajar bergotong royong membersihkan dan menceriakan Bengkel Kemahiran Hidup pada 17.11.2014.
Semoga para pelajar dapay belajar dalam suasana yang lebih kondusif.
Happy Birthday Cikgu Rahmah!
Cikgu @ Cik Rahmah telah menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke 33 pada semalam 19/11/2014. Team KHB berdoa semoga beliau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan menjadi guru yang cemerlang sentiasa.Amin...
Monday, 28 April 2014
Taman Sumber SMK Kota Kemuning
Panitia KHB dengan kerjasama Panitia Sains telah menyiapkan Taman Sumber berhadapan dengan bengkel Kemahiran Hidup.
Taman ini bertemakan tanaman herba serta rantaian makanan yang boleh dijadikan rujukan kepada para pelajar dalam proses pembelajaran mereka.
Guru-guru KHB mendapat kerjasama penuh daripada GKMP V&T Pn Thavamani A/P Krishnan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat!
Monday, 21 April 2014
Karnival Keusahawanan
Persatuan Ko Akademik Kemahiran Hidup tidak melepaskan peluang menunjukkan bakat dan kesungguhan dalam menjayakan Karnival Keusahawanan yang diadakan pada 12 April 2014 yang lalu.
Saturday, 19 April 2014
Tuesday, 11 February 2014
In House Training Elektronik
Hari ini satu in house training telah di adakan untuk guru-guru Kemahiran Hidup sesi pagi dan petang berkaitan tajuk Elektronik.
Kursus ringkas ini bertujuan menggilap semula kemahiran yang sedia ada dan mempelajari teknik-teknik baru dalam kerja elektronik. Kursus ini telah di sampaikan oleh Mr Raymond.
Semoga kursus ini memberi manfaat kepada guru- guru Kemahiran Hidup untuk menajamkan lagi kemahiran pengajaran mereka.