Monday, 28 April 2014

Taman Sumber SMK Kota Kemuning

Panitia KHB dengan kerjasama Panitia Sains telah menyiapkan Taman Sumber berhadapan dengan bengkel Kemahiran Hidup.
Taman ini bertemakan tanaman herba serta rantaian makanan yang boleh dijadikan rujukan kepada para pelajar dalam proses pembelajaran mereka.
Guru-guru KHB mendapat kerjasama penuh daripada GKMP V&T Pn Thavamani A/P Krishnan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat!

Monday, 21 April 2014

Karnival Keusahawanan

Persatuan Ko Akademik Kemahiran Hidup tidak melepaskan peluang menunjukkan bakat dan kesungguhan dalam menjayakan Karnival Keusahawanan yang diadakan pada 12 April 2014 yang lalu.

Saturday, 19 April 2014



 
Tanggal 15 April 2014 yang lalu SMK Kota Kemuning telah menyertai pertandingan mini karnival KHB yang di adakan di SMK Sultan Abdul Samad, Klang. SMKKK telah menyertai semua pertandingan yang diadakan iaitu pertandingan memasak, pertandingan jahitan tampal, hiasan akuarium dan kuiz KHB. Walaupun tidak mendapat sebarang kemenangan sekadar mendapat sijil penyertaan, namun pengalaman dan ilmu yang dipelajari diharapkan dapat menjadi bekalan kepada semua pelajar.TAHNIAH diucapkan kepada semua peserta
(gambar pertandingan lain akan menyusul kemudian.......)